1) Buang Kotoran
Tompok makanan, bekas lipstick bini
no 2 dan bekas gincu bini no 3, dan pelbagai kotoran yang susah untuk
ditanggalkan yang melekat di pakaian anda. Cuma sapukan ubat gigi dan gosokkan
sedikit di bahagian yang kotor itu.
Selepas itu, masukkan dalam mesin basuh, masukkan sabun dan cuci seperti biasa.
Anda akan lihat kesannya selepas itu. Awas!! Jangan taksub dengan ubat gigi.
2)
Kilatkan Kasut Anda
Kilatkan kasut anda dengan
menggunakan ubat gigi. Ingat, pastikan kasut anda bukannya kasut kain. Kalau
kasut anak – anak yang kain tu, pastikan kasut yang berwarna putih. Kasut yang
diperbuat daripada kulit ataupun daripada PVC dapat dikilatkan dengan ubat
gigi. Ingat gigi Fazura je ke yang dapat bersinar dengan Colgate? Kasut anda standing
dengan gigi Fazura rupanya.
3)
Menyinarkan Pintu Bilik
Mandi Anda
Ini khas untuk sesiapa yang
mempunyai pintu bilik air yang ala – ala macam kat rumah Mat Saleh tu. Pintu
yang diperbuat daripada kaca ataupun plastic tapi diblurkan bahagiannya. Jadi,
biasanya pintu ni akan nampak kelabu dan sedikit muram warnanya. Jadi, guna
ubat gigi untuk mengembalikan sinarnya. Tak nak ulas panjang sebab aku tak guna
pintu yang seksi macam ni. Haha.
4)
Mencuci Barang Kemas
Jika anda punyai barang kemas, ubat
gigi adalah bahan kimia yang anda perlukan untuk mengembalikan kerdip sinarnya.
Biasanya barang kemas yang sudah lama ni akan pudar warnanya. Warnanya seakan
pucat. Jadi, guna ubat gigi dan anda boleh tengok sendiri hasilnya. Ingat,
jangan taksub dengan ubat gigi.
5)
Menyahkan Bau Bekas Makanan
dan Minuman
Jika anda punyai bekas makanan dan
minuman yang kurang elok baunya, ubat gigi adalah benda yang anda boleh cuba
untuk menghilangkan bau kurang enaknya. Biasanya, bekas makanan dan minuman
akan meninggalkan bau yang kurang senang jika terlalu lama menyimpan makanan di
dalamnya dan ditinggalkan pula di dalam peti ais untuk beberapa bulan lamanya.
Tahu sangat yang anda pemalas, tapi takkan nak buang kan bekas yang berbau tu??
6)
Cerahkan Balik Lampu Kereta
Anda
Biasanya, lampu kereta anda akan
bertukar menjadi kelabu jika anda menggunakannya terlampau lama. Mungkin dalam
masa 5 – 9 tahun, anda boleh tengok lampu anda yang bahagian putih tu akan
pudar warnanya dan ini akan menyebabkan mentol lampu seolah – olah malap dan kurang
memberi kesan yang optimumnya ketika pemanduan di malam hari. Jadi, ubat gigi
adalah cara penyelesaiannya untuk yang mana duit poketnya tak berapa nak tebal.
Kalau yang tebal tu, buat apa guna ubat gigi? Beli aje kereta baru kan? Haha…
7)
Penyental Tangan
Tangan anda berbau selepas makan
tumis ikan bilis? Berbau selepas hisap rokok? Gunalah ubat gigi sebagai sabun pencuci
tangan anda. Awas, jangan buat di tempat umum. Mungkin ada yang tidak membaca
artikel ini akan menyangka yang anda ni tak berapa nak segar akal fikirannya.
Mungkin orang akan ingat yang anda ni gila! Mana tidaknya, ubat gigi dibuat
basuh tangan pula.
8)
Penggilap Barangan Perak
Jika anda pengumpul koleksi barang –
barang perak dan ingin melihat barang – barang anda bersinar dan berseri,
gunalah ubat gigi. Pastikan guna ubat gigi Colgate untuk sinar yang lebih
terang. Ubat gigi Darlie untuk kekalkan bau pudina pada barangan perak anda.
Mana tahu, mungkin nilainya akan menjadi lebih tinggi.
9)
Membersihkan Besi
Ulasannya seperti no.8 di atas.
Sengaja ditambah pointnya no 9 untuk mencukupkan bilangannya 12. Malas nak ulas
lebih – lebih. Benda sama sahaja. Haha.
10)
Membuang Calar pada DVD
Sekarang ni zaman pendrive dan hard
disk dah. Tak tahu la kot – kot ada lagi zaman DVD. Kalau sesiapa ada koleksi
CD mahupun DVD dan sudah tercalar disebabkan koleksi yang terlampau lama, boleh
guna ubat gigi Komodo Lion untuk menghilarkan calarnya. Pastikan anda gosok
dengan penuh cermat risau jika CD anda itu akan total lost!!
11)
Membersihkan Sinki Dapur
Anda
Ini khusus untuk orang yang tak ada
pencuci sink ataupun pencuci jamban untuk membersihkan sinki mereka. Gunakan
ubat gigi anda. Tapi, lepas guna tu… cepatlah pergi market beli ubat gigi baru.
Ubat gigi tu dah habis buat cuci singki.
12)
Buang Calar pada Telefon
Anda
Anda nak jual telefon anda tapi
anda tengok, telefon anda banyak calarnya dan risau jika – jika pelanggan atau
pun pembeli anda tidak jadi untuk beli telefon anda. Tak pun anda risau jika –
jika pelanggan anda akan tawarkan harga yang terlampau murah disebabkan satu
calar yang sedikit sahaja pada skrin telefon anda. Jadi, usah gusar dan usah
risau. Guna ubat gigi. Letakkan sedikit atas skrin telefon anda dan sapu
perlahan dengan menggunakan kain yang lembut. Seeloknya guna kain yang nenek
anda guna untuk mengelap cermin matanya. Hahaha.
No comments:
Post a Comment