Friday 31 July 2015

8 MAKANAN SIHAT YANG BERFUNGSI SEBAGAI "PANADOL"

Tahukah anda yang panadol itu adalah sejenis dadah yang mempunyai campuran - campuran yang tertentu untuk menjadikan tubuh anda bertindak balas dengan sakit yang sedang dialami. Panadol atau nama lainnya pain killer adalah suatu ubat penahan sakit yang popular di Malaysia sekarang ini.

Tahukah juga, terdapat makanan berkhasiat yang secara semula jadi berfungsi sama seperti panadol ini dalam menahan sakit sekiranya anda mengambilnya. Jadi, adakah anda mahu menggunakan dadah untuk diberikan kepada badan anda atau pun cukup hanya dengan makanan - makanan yang secara alami ini?

Berikut adalah disenaraikan jenis makanan yang fungsinya sama seperti panadol. Jadi, anda jimat duit ye walaupun panadol tidak dikenakan GST.

1) Anggur Merah



Pernah dengar je kan anggur merah? Anggur merah ni sama lah dengan anggur purple tu. Cuma nama je yang berlainan. Anggur yang gelap dan bukannya anggur yang hijau. Anggur merah mengandungi resveratrol, iaitu suatu campuran yang berfungsi untuk menahan enzim yang mengakibatkan tisu badan daripada rosak. Kajian juga menunjukkan yang resveratrol ini melindungi tisu tulang rawan yang akan mengakibatkan sakit belakang.

2) Ceri



Kajian yang dijalankan sudah terbukti yang buah ceri mempunyai banyak kandungan anti-radangan dan merupakan satu buah yang paling terbaik berfungsi sebagai penahan sakit semulajadi. Jika kita perhatikan betul - betul, binatang kalau ada sakit demam ke apa, mereka akan makan buah ceri sebagai ubat atau pun cara mereka untuk sembuh daripada penyakit tersebut. Buah ceri juga dapat menyembuhkan atau pun menghilangkan sakit yang diakibatkan oleh gout.

3) Ikan Salmon



Ikan Salmon kaya dengan omega-3 dan juga vitamin D. Jika Omega -3 dan Vitamin D dalam Ikan Salmon ini digabungkan, ianya dapat menghilangkan sakit artritis, iaitu sejenis penyakit keradangan pada sendi yang kebanyakannya menimpa orang - orang yang sudah lanjut usianya. Ikan Salmo juga menunjukkan kandungan merkuri di dalamnya rendah dan tiada masalah untuk mengambilnya sebagai makanan harian.

4) Kayu Manis



Kayu Manis adalah salah satu kategori rempah ratus yang berfungsi sebagai penahan sakit yang paling terbaik dalam kategorinya. Anda boleh gunanya dalam masakan atau pun campurkan di dalam air teh dengan 2 sudu madu dan 1 sudu kecil serbuk kayu manis. Amalkannya. Ianya dapat melegakan sakit - sakit sendi akibat artritis.

5) Kunyit



Ianya sudah tentu tidak menjadi masalah kepada penduduk Malaysia sebab kunyit memang mudah untuk didapati. Kunyi adalah agen anti - randangan yang terbaik. Gunakannya dalam masakan dan campurkan sedikit dengan serbuk lada hitam untuk mempercepatkan proses penyerapannya di dalam saluran darah. Kunyi dapat melegakan penyakit osteotritis, satu penyakit sendi dalam kategori artritis.

6) Halia



Halia ini sama juga dengan kunyit. Satu kategori yang mengandungi bahan anti - randangan yang terbaik. Cumanya, halia ini terbukti dapat menghilangkan mabuk laut (mabuk atau pun loya akibat pergerakan yang terumbang ambing) dan juga loya - loya. Apa yang mudahnya, halia ini dapat digunakan dan popular digunakan di negara kita dengan dicampurkannya ke dalam teh. Teh Halia Bara!

7) Soya



Soya dipercayai dapat mengurangkan sakit osteotritis di bahagian lutut sebanyak 30%! Kajian yang dijalankan selama 3 bulan menunjukkan dengan pengambilan sebanyak 40 grams sehari soya dapat mengurangkan penyakit osteotritis kepada kebergantungan kepada ubat - ubatan hospital. Ini kerana di dalam soya mengandungi isoflavon yang juga bertindak sebagai anti - radangan dalam melegakan kesakitan yang dialami.

8) Kafein



Kafein biasanya mudah didapati di dalam kopi dan kafein sudah terbukti sejak beberapa abad sebagai agen untuk mengurangkan kesakitan oleh tubuh badan. Satu kajian yang dilakukan di Univeristi Georgia di Amerika Syarikat menunjukkan, pengambilan sederhana kopi setiap hari atau pun bersamaan dengan 2 cawan kopi, dapat mengurangkan keletihan dan kesakitan tubuh badan akibat kerja seharian sehingga 50%!!

Sunday 5 July 2015

KAJIAN TERKINI : MINUMAN BERGAS MENGURANGKAN HAYAT INDIVIDU SEBANYAK 5 TAHUN



Satu kajian terbaru daripada Universiti Perubatan California San Francisco di Amerika Syarikat menunjukkan yang minuman bergas atau pun air soda  mempunyai risiko yang agak tinggi terhadap kesihatan. Kajian tersebut menunjukkan dengan pengambilan minuman bergas / soda ini dapat memendekkan jangka hayat umur seseorang itu sehingga 5 tahun!! 

Kajian ini mengambil kira hubungan kuantiti kromosom yang berkait rapat dengan sel penuaan yang dipanggil telemores. Sebanyak 5 ribu sampel darah diambil daripada peserta kajian untuk diuji dalam kajian ini dan hasil kajian menunjukkan, selain daripada mempunyai penyakit diabetis dan jantung, individu yang mengambil minuman bergas dalam kuantiti yang banyak juga mempunyai telemores yang sedikit berbanding dengan individu yang kurang mengambil minuman bergas.

Telemores yang sedikit menunjukkan sel penuaan seseorang itu sedang bergiat aktif dan cepat. Semakin sedikit sel penuaan, semakin cepat seseorang itu menuju ke alam kematian mengikut terma biologi. Fakta yang dihasilkan berdasarkan kajian tersebut menunjukkan, individu yang mengambil kira 567 grams soda mengurangkan jangka hayat mereka sebanyak 5 tahun. Mengikut data ini, pengurangan kromosom sel penuaan ini menyamai dengan aktiviti merokok setiap hari!! Minum soda sama bahayanya dengan hisap rokok?!

Pengambilan minuman bergas sebenarnya mempengaruhi kepada merebaknya penyakit - penyakit kronik di dalam badan kerana sistem metabolisma badan akan susah untuk mengawal lebihan gula di dalam badan. Lambat laun kita boleh tengok kesannya akibat pengambilan minuman ini yang berlebihan. Mengikut kajian Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) Amerika Syarikat menunjukkan rakyatnya lebih mengutamakan minuman bergas / soda berbanding air masak atau pun air kosong sejak 30 tahun lalu.

Data mengenai pengambilan minuman bergas/soda di Malaysia tidak dapat dikenal pasti lagi setakat ini dan umum sedia maklum dengan pelbagai jenama minuman bergas di Malaysia yang kian rancak seperti minuman tenaga seperti 100 Plus, revive dan seumpamanya. Mungkin ianya dapat mengeliru seseorang tentang fakta minuman bergas walaupun didatangkan dengan kebaikan minuman tenaga tersebut. Faktanya, keburukan minuman bergas/soda itu tetap ada kerana kandungan gula di dalamnya amat tinggi.

Sempena bulan puasa ini, jauhilah minuman bergas selagi yang termampu. Tak disangkal yang nikmatnya begitu agung buat penggemar minuman bergas lebih - lebih lagi jika diminum ketika sejuk. Hati - hati kerana rasa di sebaliknya mempunyai racun yang susah untuk dikesan iaitu gula. Kasihani tubuh badan kita untuk memproses gula lebihan dalam badan dan jika sistem pemprosen kita sudah jammed, tunggulah kedatangan pelbagai penyakit yang akan datang. Jaga makanan, insyaAllah terhindar kita daripada penyakit. 

Friday 3 July 2015

Makanan Penting Untuk Sakit Gout


Antara perkara penting dalam pemakanan untuk sakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersifat alkali. Antaranya adalah:

1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri, atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout. Juga boleh amalkan Cypreme kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah. Daun pasli pula adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik. 2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah. 3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari. 4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli , minyak sapi asli. 5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli. 6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.