Sunday 5 July 2015

KAJIAN TERKINI : MINUMAN BERGAS MENGURANGKAN HAYAT INDIVIDU SEBANYAK 5 TAHUN



Satu kajian terbaru daripada Universiti Perubatan California San Francisco di Amerika Syarikat menunjukkan yang minuman bergas atau pun air soda  mempunyai risiko yang agak tinggi terhadap kesihatan. Kajian tersebut menunjukkan dengan pengambilan minuman bergas / soda ini dapat memendekkan jangka hayat umur seseorang itu sehingga 5 tahun!! 

Kajian ini mengambil kira hubungan kuantiti kromosom yang berkait rapat dengan sel penuaan yang dipanggil telemores. Sebanyak 5 ribu sampel darah diambil daripada peserta kajian untuk diuji dalam kajian ini dan hasil kajian menunjukkan, selain daripada mempunyai penyakit diabetis dan jantung, individu yang mengambil minuman bergas dalam kuantiti yang banyak juga mempunyai telemores yang sedikit berbanding dengan individu yang kurang mengambil minuman bergas.

Telemores yang sedikit menunjukkan sel penuaan seseorang itu sedang bergiat aktif dan cepat. Semakin sedikit sel penuaan, semakin cepat seseorang itu menuju ke alam kematian mengikut terma biologi. Fakta yang dihasilkan berdasarkan kajian tersebut menunjukkan, individu yang mengambil kira 567 grams soda mengurangkan jangka hayat mereka sebanyak 5 tahun. Mengikut data ini, pengurangan kromosom sel penuaan ini menyamai dengan aktiviti merokok setiap hari!! Minum soda sama bahayanya dengan hisap rokok?!

Pengambilan minuman bergas sebenarnya mempengaruhi kepada merebaknya penyakit - penyakit kronik di dalam badan kerana sistem metabolisma badan akan susah untuk mengawal lebihan gula di dalam badan. Lambat laun kita boleh tengok kesannya akibat pengambilan minuman ini yang berlebihan. Mengikut kajian Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) Amerika Syarikat menunjukkan rakyatnya lebih mengutamakan minuman bergas / soda berbanding air masak atau pun air kosong sejak 30 tahun lalu.

Data mengenai pengambilan minuman bergas/soda di Malaysia tidak dapat dikenal pasti lagi setakat ini dan umum sedia maklum dengan pelbagai jenama minuman bergas di Malaysia yang kian rancak seperti minuman tenaga seperti 100 Plus, revive dan seumpamanya. Mungkin ianya dapat mengeliru seseorang tentang fakta minuman bergas walaupun didatangkan dengan kebaikan minuman tenaga tersebut. Faktanya, keburukan minuman bergas/soda itu tetap ada kerana kandungan gula di dalamnya amat tinggi.

Sempena bulan puasa ini, jauhilah minuman bergas selagi yang termampu. Tak disangkal yang nikmatnya begitu agung buat penggemar minuman bergas lebih - lebih lagi jika diminum ketika sejuk. Hati - hati kerana rasa di sebaliknya mempunyai racun yang susah untuk dikesan iaitu gula. Kasihani tubuh badan kita untuk memproses gula lebihan dalam badan dan jika sistem pemprosen kita sudah jammed, tunggulah kedatangan pelbagai penyakit yang akan datang. Jaga makanan, insyaAllah terhindar kita daripada penyakit. 

No comments:

Post a Comment