Monday 14 September 2015

PUNCA UTAMA SAKIT JANTUNG YANG SELALU TIDAK DIPEDULIKAN!!



Ianya bukan rahsia lagi yang sakit jantung adalah berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat serta kekurangan aktiviti senaman. Walaubagaimanapun, risiko untuk seseorang mendapat sakit jantung adalah berlainan antara satu individu dengan individu yang lain dengan pelbagai jenis sakit jantung itu sendiri. Ianya mungkin gabungan daripada banyak faktor dan membuatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat sakit jantung.

Banyak punca ataupun faktor yang mana ianya adalah berisiko untuk mendapat sakit jantung. Perkara-perkara ini mungkin ada selalu lakukan dan anda tidak sedari yang ianya adalah suatu aktiviti yang sangat berisiko untuk kesihatan jantung anda. Dengan mengetahui punca-punca ini, tidak dapat tidak, anda dapat mencegah awal daripada risiko yang lebih tinggi. Antara punca-puncanya ialah:-


  1. Masalah Jantung - Masalah jantung ini boleh jadi yang jantung anda sendiri telah pun mengalami masalah sama ada ianya masa anda kecil ataupun disebabkan faktor-faktor luaran yang anda tidak sedar. Ini termasuklah masalah arteri, masalah tekanan darah yang tinggi, masalah kencing manis yang secara tidak langsung memberi kesan kepada jantung anda dan juga penyakit aritimia. 
  2. Aktiviti Tidak Sihat - Sekiranya anda adakah perokok tegar ataupun sudah terjebak dengan pengambilan dadah secara tidak sihat, anda sebenarnya sudah mendedahkan diri anda kepada risiko untuk mendapat sakit jantung.
  3. Ketagih Alkohol - Sekiranya anda seorang peminat tegar alkohol atau bahasa mudahnya adalah arak, anda bersedialah untuk menderita sakit jantung. Boleh jadi anda akan terkena serangan jantung secara mengejut dan boleh meninggal dunia dengan serta merta. Sayangi jantung anda dengan mengatakan tidak kepada arak.
  4. Banyak Tekanan - Banyak tekanan di sini adalah tekanan mental disebabkan oleh individu yang mengalami banyak masalah. Stress yang terlampau boleh meningkatkan kadar denyutan jantung untuk mengepam darah dan secara tidak langsung ini boleh menyebabkan tekanan kepada jantung anda. Ingat, jauhi stress dan sayangi jantung anda.
  5. Bayi Dalam Kandungan - Bayi dalam kandungan juga mengalami masalah sakit jantung semasa tumbesarannya di dalam rahim ibu. Pemakanan ibu yang mengandung memainkan peranan kerana pintasan arteri bayi semasa dalam kandungan boleh memberi kesan sakit jantung di masa hadapan. Jadi, ibu-ibu kena selalu cakna dan prihatin dengan pemakanan serta ubat-ubatan yang diambil semasa mengandung.
  6. Sejarah Keluarga - Sejarah keluarga adalah mengambil kira faktor ibu bapa yang pernah ada sejarah sakit jantung. Sekiranya ada sejarah keluarga yang telah mempunyai sakit jantung, jadi risiko untuk anak-anak mempunyai sakit jantung juga adalah tinggi.
  7. Cedera Arteri - Arteri adalah satu dinding pembuluh darah yang nipis. Lapisan arteri adalah sangat nipis dan merupakan saluran utama darah mengalir dari jantung dan ke jantung. Kebanyakan arteri akan mengalami kecederaan ataupun boleh koyak dengan pengambilan asap rokok yang berlebihan, Lebihan gula dalam darah (diabetis, kencing manis) ataupun dengan tekanan darah yang tinggi.

Manusia yang berumur 45 tahun bagi lelaki dan berumur 55 tahun bagi perempuan adalah manusia yang berisiko tinggi untuk mendapatkan sakit jantung. Tapi, yang muda jangan mendabik dada berasa selamat kerana zaman kini sudah ada rekod dan kes yang melibat remaja mahupun dewasa yang dalam lingkungan umur 20 dan 30an yang mengalami masalah kompilasi jantung.

Jadi, jaga pemakanan. Kawal segala bentuk jenis makanan yang berminyak dan berlemak serta amalkan kehidupan yang sihat dengan kerapkan aktiviti bersenam dan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh. Sekian, salam sayang dari Rahsia Resdung.

No comments:

Post a Comment