Monday 24 August 2015

Rahsia Buah Oren Terbongkar


Buah apakah yang nampak seperti oren, tapi rasanya macam oren bahkan mungkin lagi sedap dari oren? Tangerin. Ya, limau tangerine dan apa yang hendak diceritakan disini adalah Clementine, iaitu sejenis kelompak daripada limau tangerine.
Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus dalam kumpulan  mandarin. Buah ini kelihatan seperti buah oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah dikopek dan ulasnya juga lebih mudah terpisah. Tangerin ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi. Takkan tak pernah tengok? Buah limau cina tu...
Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis - jenis tangerine adalah termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst, dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Bahasa saintifiknya adalah Citrus Reticulata.
Tangerin sudah terkenal dengan isinya yang tiada biji dan mudah dikopek. Jadi, memang sesuai untuk semua lapisan umur termasuk yang malas nak kopek dan malas nak asingkan biji dari isi bila makan oren. Tapi, apa yang pentingnya tangerine ini mempunyai beberapa kebaikan untuk tubuh badan kita.
Kaya Vitamin C
Penyakit Skurvi adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Apa itu penyakit skurvi? Apakah tanda-tanda penyakit skurvi? Pesakit skurvi biasanya akan kerap mengalami gusi bengkak dan berdarah. Selain itu, penyakit ini biasanya akan menyebabkan luka yang hampir sembuh terbuka semula. Itu adalah antara simptom – simptom penyakit skurvi. Jika anda ada simptom tersebut, anda kemungkinan besar adalah pesakit skurvi. Jaga-jaga.
Pada zaman kini, penyakit skurvi sudah jarang ditemui. Rata-rata penduduk dunia sudah kaya dengan vitamin C kecuali di beberapa buah negara di benua Afrika. Tapi, ini tidak bermakna anda perlu berhenti daripada mengambil dan memakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Kemungkinan kekurangan vitamin C juga akan menganggu kolagen dalam tubuh anda, satu serat yang menyokong tubuh badan anda.
Semakin usia anda berganjak, pengeluaran kolagen dalam badan juga semakin berkurang. Ini menerangkan kenapa kulit anda semakin berkedut. Yang muda nampak tua. Tetapi, memandangkan kolagen adalah protein yang paling dominan dalam sistem badan manusia, ia juga bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi gusi, sistem perut, tulang rawan, dan juga saluran darah. Sifir mudah, jika anda tidak mencukupi vitamin C, anda secara automatik telah mendedahkan bahagian-bahagian tersebut kepada bahaya.
Persoalannya, berapa banyak vitamin C yang ada dalam limau tangerine? Sebiji limau tangerine sudah mencukupi untuk separuh daripada apa yang badan wanita memerlukan dalam sehari. Banyak bukan?
Menggalakkan Penurunan Berat Badan dan Penghadaman yang Sempurna
Anda rasa tidak selesa pada bahagian perut? Rasa selalu loya dalam perut dan seakan seperti perut selalu dipenuhi dengan angin? Opss.. mungkin juga anda selalu kentut. Jangan ambil mudah hal ini dan kemungkinan anda mempunyai masalah penghadaman yang tidak sempurna. Dalam perut anda ada pelbagai jenis bakteria yang mempunyai pelbagai perpektif tugasnya dalam menjadikan perut anda berasa tidak selesa.
Kekadang anda akan rasa perut anda sedang huru hara, sakit perut dan tidak lekang dengan tandas untuk membuang air besar. Kekadang juga, anda akan rasa susah untuk buang air besar dan anda sebenarnya telah pun mengalami sembelit. Benda ini boleh terjadi juga jika perut anda sedang memproses sisa buangan anda dengan begitu pesat sekali.
Tangerin walaubagaimanapun kaya dengan fiber yang mana ianya bertindak untuk membuang sisa buangan dengan lancar dan kuman yang ada pada bahan buangan itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk merebak ke dalam perut anda. Lagipun, tangerine yang kaya dengan vitamin C ini akan melambatkan proses penghadaman dan ini membolehkan badan menyerap nutrien daripada makanan dengan sempurna.
Jadi, sekiranya anda ingin tubuh anda mempunyai vitamin C yang mencukupi, pastikan di rumah anda mempunyai limau tangerine. Mungkin susah nak dapat sebab kebanyakan limau tangerine atau pun limau mandarin ini akan berlambak di market pada musim hari raya cina sahaja. Jadi, oren biasa juga tidak menjadi masalah sebagai ganti. Jadi, anda tahu yang anda tidak memerlukan suplemen tambahan untuk vitamin C. Hanya cukup dengan limau tangerine atau oren. Segar dan terbaik.

No comments:

Post a Comment