Monday 14 September 2015

PUNCA UTAMA SAKIT JANTUNG YANG SELALU TIDAK DIPEDULIKAN!!



Ianya bukan rahsia lagi yang sakit jantung adalah berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat serta kekurangan aktiviti senaman. Walaubagaimanapun, risiko untuk seseorang mendapat sakit jantung adalah berlainan antara satu individu dengan individu yang lain dengan pelbagai jenis sakit jantung itu sendiri. Ianya mungkin gabungan daripada banyak faktor dan membuatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat sakit jantung.

Banyak punca ataupun faktor yang mana ianya adalah berisiko untuk mendapat sakit jantung. Perkara-perkara ini mungkin ada selalu lakukan dan anda tidak sedari yang ianya adalah suatu aktiviti yang sangat berisiko untuk kesihatan jantung anda. Dengan mengetahui punca-punca ini, tidak dapat tidak, anda dapat mencegah awal daripada risiko yang lebih tinggi. Antara punca-puncanya ialah:-


  1. Masalah Jantung - Masalah jantung ini boleh jadi yang jantung anda sendiri telah pun mengalami masalah sama ada ianya masa anda kecil ataupun disebabkan faktor-faktor luaran yang anda tidak sedar. Ini termasuklah masalah arteri, masalah tekanan darah yang tinggi, masalah kencing manis yang secara tidak langsung memberi kesan kepada jantung anda dan juga penyakit aritimia. 
  2. Aktiviti Tidak Sihat - Sekiranya anda adakah perokok tegar ataupun sudah terjebak dengan pengambilan dadah secara tidak sihat, anda sebenarnya sudah mendedahkan diri anda kepada risiko untuk mendapat sakit jantung.
  3. Ketagih Alkohol - Sekiranya anda seorang peminat tegar alkohol atau bahasa mudahnya adalah arak, anda bersedialah untuk menderita sakit jantung. Boleh jadi anda akan terkena serangan jantung secara mengejut dan boleh meninggal dunia dengan serta merta. Sayangi jantung anda dengan mengatakan tidak kepada arak.
  4. Banyak Tekanan - Banyak tekanan di sini adalah tekanan mental disebabkan oleh individu yang mengalami banyak masalah. Stress yang terlampau boleh meningkatkan kadar denyutan jantung untuk mengepam darah dan secara tidak langsung ini boleh menyebabkan tekanan kepada jantung anda. Ingat, jauhi stress dan sayangi jantung anda.
  5. Bayi Dalam Kandungan - Bayi dalam kandungan juga mengalami masalah sakit jantung semasa tumbesarannya di dalam rahim ibu. Pemakanan ibu yang mengandung memainkan peranan kerana pintasan arteri bayi semasa dalam kandungan boleh memberi kesan sakit jantung di masa hadapan. Jadi, ibu-ibu kena selalu cakna dan prihatin dengan pemakanan serta ubat-ubatan yang diambil semasa mengandung.
  6. Sejarah Keluarga - Sejarah keluarga adalah mengambil kira faktor ibu bapa yang pernah ada sejarah sakit jantung. Sekiranya ada sejarah keluarga yang telah mempunyai sakit jantung, jadi risiko untuk anak-anak mempunyai sakit jantung juga adalah tinggi.
  7. Cedera Arteri - Arteri adalah satu dinding pembuluh darah yang nipis. Lapisan arteri adalah sangat nipis dan merupakan saluran utama darah mengalir dari jantung dan ke jantung. Kebanyakan arteri akan mengalami kecederaan ataupun boleh koyak dengan pengambilan asap rokok yang berlebihan, Lebihan gula dalam darah (diabetis, kencing manis) ataupun dengan tekanan darah yang tinggi.

Manusia yang berumur 45 tahun bagi lelaki dan berumur 55 tahun bagi perempuan adalah manusia yang berisiko tinggi untuk mendapatkan sakit jantung. Tapi, yang muda jangan mendabik dada berasa selamat kerana zaman kini sudah ada rekod dan kes yang melibat remaja mahupun dewasa yang dalam lingkungan umur 20 dan 30an yang mengalami masalah kompilasi jantung.

Jadi, jaga pemakanan. Kawal segala bentuk jenis makanan yang berminyak dan berlemak serta amalkan kehidupan yang sihat dengan kerapkan aktiviti bersenam dan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh. Sekian, salam sayang dari Rahsia Resdung.

Monday 24 August 2015

Rahsia Buah Oren Terbongkar


Buah apakah yang nampak seperti oren, tapi rasanya macam oren bahkan mungkin lagi sedap dari oren? Tangerin. Ya, limau tangerine dan apa yang hendak diceritakan disini adalah Clementine, iaitu sejenis kelompak daripada limau tangerine.
Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus dalam kumpulan  mandarin. Buah ini kelihatan seperti buah oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah dikopek dan ulasnya juga lebih mudah terpisah. Tangerin ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi. Takkan tak pernah tengok? Buah limau cina tu...
Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis - jenis tangerine adalah termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst, dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Bahasa saintifiknya adalah Citrus Reticulata.
Tangerin sudah terkenal dengan isinya yang tiada biji dan mudah dikopek. Jadi, memang sesuai untuk semua lapisan umur termasuk yang malas nak kopek dan malas nak asingkan biji dari isi bila makan oren. Tapi, apa yang pentingnya tangerine ini mempunyai beberapa kebaikan untuk tubuh badan kita.
Kaya Vitamin C
Penyakit Skurvi adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Apa itu penyakit skurvi? Apakah tanda-tanda penyakit skurvi? Pesakit skurvi biasanya akan kerap mengalami gusi bengkak dan berdarah. Selain itu, penyakit ini biasanya akan menyebabkan luka yang hampir sembuh terbuka semula. Itu adalah antara simptom – simptom penyakit skurvi. Jika anda ada simptom tersebut, anda kemungkinan besar adalah pesakit skurvi. Jaga-jaga.
Pada zaman kini, penyakit skurvi sudah jarang ditemui. Rata-rata penduduk dunia sudah kaya dengan vitamin C kecuali di beberapa buah negara di benua Afrika. Tapi, ini tidak bermakna anda perlu berhenti daripada mengambil dan memakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Kemungkinan kekurangan vitamin C juga akan menganggu kolagen dalam tubuh anda, satu serat yang menyokong tubuh badan anda.
Semakin usia anda berganjak, pengeluaran kolagen dalam badan juga semakin berkurang. Ini menerangkan kenapa kulit anda semakin berkedut. Yang muda nampak tua. Tetapi, memandangkan kolagen adalah protein yang paling dominan dalam sistem badan manusia, ia juga bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi gusi, sistem perut, tulang rawan, dan juga saluran darah. Sifir mudah, jika anda tidak mencukupi vitamin C, anda secara automatik telah mendedahkan bahagian-bahagian tersebut kepada bahaya.
Persoalannya, berapa banyak vitamin C yang ada dalam limau tangerine? Sebiji limau tangerine sudah mencukupi untuk separuh daripada apa yang badan wanita memerlukan dalam sehari. Banyak bukan?
Menggalakkan Penurunan Berat Badan dan Penghadaman yang Sempurna
Anda rasa tidak selesa pada bahagian perut? Rasa selalu loya dalam perut dan seakan seperti perut selalu dipenuhi dengan angin? Opss.. mungkin juga anda selalu kentut. Jangan ambil mudah hal ini dan kemungkinan anda mempunyai masalah penghadaman yang tidak sempurna. Dalam perut anda ada pelbagai jenis bakteria yang mempunyai pelbagai perpektif tugasnya dalam menjadikan perut anda berasa tidak selesa.
Kekadang anda akan rasa perut anda sedang huru hara, sakit perut dan tidak lekang dengan tandas untuk membuang air besar. Kekadang juga, anda akan rasa susah untuk buang air besar dan anda sebenarnya telah pun mengalami sembelit. Benda ini boleh terjadi juga jika perut anda sedang memproses sisa buangan anda dengan begitu pesat sekali.
Tangerin walaubagaimanapun kaya dengan fiber yang mana ianya bertindak untuk membuang sisa buangan dengan lancar dan kuman yang ada pada bahan buangan itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk merebak ke dalam perut anda. Lagipun, tangerine yang kaya dengan vitamin C ini akan melambatkan proses penghadaman dan ini membolehkan badan menyerap nutrien daripada makanan dengan sempurna.
Jadi, sekiranya anda ingin tubuh anda mempunyai vitamin C yang mencukupi, pastikan di rumah anda mempunyai limau tangerine. Mungkin susah nak dapat sebab kebanyakan limau tangerine atau pun limau mandarin ini akan berlambak di market pada musim hari raya cina sahaja. Jadi, oren biasa juga tidak menjadi masalah sebagai ganti. Jadi, anda tahu yang anda tidak memerlukan suplemen tambahan untuk vitamin C. Hanya cukup dengan limau tangerine atau oren. Segar dan terbaik.

Friday 31 July 2015

8 MAKANAN SIHAT YANG BERFUNGSI SEBAGAI "PANADOL"

Tahukah anda yang panadol itu adalah sejenis dadah yang mempunyai campuran - campuran yang tertentu untuk menjadikan tubuh anda bertindak balas dengan sakit yang sedang dialami. Panadol atau nama lainnya pain killer adalah suatu ubat penahan sakit yang popular di Malaysia sekarang ini.

Tahukah juga, terdapat makanan berkhasiat yang secara semula jadi berfungsi sama seperti panadol ini dalam menahan sakit sekiranya anda mengambilnya. Jadi, adakah anda mahu menggunakan dadah untuk diberikan kepada badan anda atau pun cukup hanya dengan makanan - makanan yang secara alami ini?

Berikut adalah disenaraikan jenis makanan yang fungsinya sama seperti panadol. Jadi, anda jimat duit ye walaupun panadol tidak dikenakan GST.

1) Anggur Merah



Pernah dengar je kan anggur merah? Anggur merah ni sama lah dengan anggur purple tu. Cuma nama je yang berlainan. Anggur yang gelap dan bukannya anggur yang hijau. Anggur merah mengandungi resveratrol, iaitu suatu campuran yang berfungsi untuk menahan enzim yang mengakibatkan tisu badan daripada rosak. Kajian juga menunjukkan yang resveratrol ini melindungi tisu tulang rawan yang akan mengakibatkan sakit belakang.

2) Ceri



Kajian yang dijalankan sudah terbukti yang buah ceri mempunyai banyak kandungan anti-radangan dan merupakan satu buah yang paling terbaik berfungsi sebagai penahan sakit semulajadi. Jika kita perhatikan betul - betul, binatang kalau ada sakit demam ke apa, mereka akan makan buah ceri sebagai ubat atau pun cara mereka untuk sembuh daripada penyakit tersebut. Buah ceri juga dapat menyembuhkan atau pun menghilangkan sakit yang diakibatkan oleh gout.

3) Ikan Salmon



Ikan Salmon kaya dengan omega-3 dan juga vitamin D. Jika Omega -3 dan Vitamin D dalam Ikan Salmon ini digabungkan, ianya dapat menghilangkan sakit artritis, iaitu sejenis penyakit keradangan pada sendi yang kebanyakannya menimpa orang - orang yang sudah lanjut usianya. Ikan Salmo juga menunjukkan kandungan merkuri di dalamnya rendah dan tiada masalah untuk mengambilnya sebagai makanan harian.

4) Kayu Manis



Kayu Manis adalah salah satu kategori rempah ratus yang berfungsi sebagai penahan sakit yang paling terbaik dalam kategorinya. Anda boleh gunanya dalam masakan atau pun campurkan di dalam air teh dengan 2 sudu madu dan 1 sudu kecil serbuk kayu manis. Amalkannya. Ianya dapat melegakan sakit - sakit sendi akibat artritis.

5) Kunyit



Ianya sudah tentu tidak menjadi masalah kepada penduduk Malaysia sebab kunyit memang mudah untuk didapati. Kunyi adalah agen anti - randangan yang terbaik. Gunakannya dalam masakan dan campurkan sedikit dengan serbuk lada hitam untuk mempercepatkan proses penyerapannya di dalam saluran darah. Kunyi dapat melegakan penyakit osteotritis, satu penyakit sendi dalam kategori artritis.

6) Halia



Halia ini sama juga dengan kunyit. Satu kategori yang mengandungi bahan anti - randangan yang terbaik. Cumanya, halia ini terbukti dapat menghilangkan mabuk laut (mabuk atau pun loya akibat pergerakan yang terumbang ambing) dan juga loya - loya. Apa yang mudahnya, halia ini dapat digunakan dan popular digunakan di negara kita dengan dicampurkannya ke dalam teh. Teh Halia Bara!

7) Soya



Soya dipercayai dapat mengurangkan sakit osteotritis di bahagian lutut sebanyak 30%! Kajian yang dijalankan selama 3 bulan menunjukkan dengan pengambilan sebanyak 40 grams sehari soya dapat mengurangkan penyakit osteotritis kepada kebergantungan kepada ubat - ubatan hospital. Ini kerana di dalam soya mengandungi isoflavon yang juga bertindak sebagai anti - radangan dalam melegakan kesakitan yang dialami.

8) Kafein



Kafein biasanya mudah didapati di dalam kopi dan kafein sudah terbukti sejak beberapa abad sebagai agen untuk mengurangkan kesakitan oleh tubuh badan. Satu kajian yang dilakukan di Univeristi Georgia di Amerika Syarikat menunjukkan, pengambilan sederhana kopi setiap hari atau pun bersamaan dengan 2 cawan kopi, dapat mengurangkan keletihan dan kesakitan tubuh badan akibat kerja seharian sehingga 50%!!

Sunday 5 July 2015

KAJIAN TERKINI : MINUMAN BERGAS MENGURANGKAN HAYAT INDIVIDU SEBANYAK 5 TAHUN



Satu kajian terbaru daripada Universiti Perubatan California San Francisco di Amerika Syarikat menunjukkan yang minuman bergas atau pun air soda  mempunyai risiko yang agak tinggi terhadap kesihatan. Kajian tersebut menunjukkan dengan pengambilan minuman bergas / soda ini dapat memendekkan jangka hayat umur seseorang itu sehingga 5 tahun!! 

Kajian ini mengambil kira hubungan kuantiti kromosom yang berkait rapat dengan sel penuaan yang dipanggil telemores. Sebanyak 5 ribu sampel darah diambil daripada peserta kajian untuk diuji dalam kajian ini dan hasil kajian menunjukkan, selain daripada mempunyai penyakit diabetis dan jantung, individu yang mengambil minuman bergas dalam kuantiti yang banyak juga mempunyai telemores yang sedikit berbanding dengan individu yang kurang mengambil minuman bergas.

Telemores yang sedikit menunjukkan sel penuaan seseorang itu sedang bergiat aktif dan cepat. Semakin sedikit sel penuaan, semakin cepat seseorang itu menuju ke alam kematian mengikut terma biologi. Fakta yang dihasilkan berdasarkan kajian tersebut menunjukkan, individu yang mengambil kira 567 grams soda mengurangkan jangka hayat mereka sebanyak 5 tahun. Mengikut data ini, pengurangan kromosom sel penuaan ini menyamai dengan aktiviti merokok setiap hari!! Minum soda sama bahayanya dengan hisap rokok?!

Pengambilan minuman bergas sebenarnya mempengaruhi kepada merebaknya penyakit - penyakit kronik di dalam badan kerana sistem metabolisma badan akan susah untuk mengawal lebihan gula di dalam badan. Lambat laun kita boleh tengok kesannya akibat pengambilan minuman ini yang berlebihan. Mengikut kajian Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) Amerika Syarikat menunjukkan rakyatnya lebih mengutamakan minuman bergas / soda berbanding air masak atau pun air kosong sejak 30 tahun lalu.

Data mengenai pengambilan minuman bergas/soda di Malaysia tidak dapat dikenal pasti lagi setakat ini dan umum sedia maklum dengan pelbagai jenama minuman bergas di Malaysia yang kian rancak seperti minuman tenaga seperti 100 Plus, revive dan seumpamanya. Mungkin ianya dapat mengeliru seseorang tentang fakta minuman bergas walaupun didatangkan dengan kebaikan minuman tenaga tersebut. Faktanya, keburukan minuman bergas/soda itu tetap ada kerana kandungan gula di dalamnya amat tinggi.

Sempena bulan puasa ini, jauhilah minuman bergas selagi yang termampu. Tak disangkal yang nikmatnya begitu agung buat penggemar minuman bergas lebih - lebih lagi jika diminum ketika sejuk. Hati - hati kerana rasa di sebaliknya mempunyai racun yang susah untuk dikesan iaitu gula. Kasihani tubuh badan kita untuk memproses gula lebihan dalam badan dan jika sistem pemprosen kita sudah jammed, tunggulah kedatangan pelbagai penyakit yang akan datang. Jaga makanan, insyaAllah terhindar kita daripada penyakit. 

Friday 3 July 2015

Makanan Penting Untuk Sakit Gout


Antara perkara penting dalam pemakanan untuk sakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersifat alkali. Antaranya adalah:

1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri, atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout. Juga boleh amalkan Cypreme kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah. Daun pasli pula adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik. 2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah. 3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari. 4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli , minyak sapi asli. 5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli. 6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.

Wednesday 24 June 2015

3 KEBAIKAN UTAMA HABBATU SAUDA' UNTUK KESIHATAN



Umum tahu yang habbatu sauda' mempunyai pelbagai khasiat dalam merawat penyakit. Dari sekecil - kecil penyakit hinggalah kepada  penyakit yang kronik. Habbatus Sauda ni tidak ada di asia tenggara dan hanya boleh ditemui di kawasan Timur Tengah.


Antara 3 kebaikan utama Habbatus Sauda untuk kesihatan :-


1) Mencegah Diabetis Tahap Ke-2

Bagi sesiapa yang mempunyai kencing manis peringkat kedua. Habbatus Sauda adalah jalan alternatif yang paling utama selain bergantung harap kepada ubat kimia hospital. Biji Habbatus Sauda akan membantu tubuh badan dalam menghasilkan insulin dan seterusnya dapat mengawal kandungan gula dalam darah. Selain itu, ianya dapat memastikan otot - otot badan kita dapat menggunakan gula yang terkandung dalam darah dengan baik.

2) Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Sesiapa yang selalu berasa sakit kepala disebabkan oleh tekanan darah tinggi, cubalah guna Habbatus Sauda sebagai ikhtiar. Tahukah yang tekanan darah tinggi boleh menjadi punca kepada strok? Jangan anggap sakit kepala disebabkan oleh darah tinggi itu suatu benda yang boleh dibuat main - main. Suatu benda yang dianggap tidak serius.

Kajian yang dilakukan menunjukkan, pengambilan biji Habbatus Saudadapat merendahkan parah kolestrol dalam darah. Bahasa saintifiknya, Habbatus Sauda dapat menurunkan paras LDL (low-density lipoprotein).

3) Mencegah Daripada Penyakit Parkinson

Berita baik untuk pengamal Habbatu Sauda', pengambilan Habbatus Sauda terbukti dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat Parkinson. Dalam satu jurnal terbitan Neuroscience, pengambilan Habbatu Sauda' dapat membentuk satu lapisan perlindungan untuk sel yang mengandungi neuron. Lapisan perlindungan akan bertindak untuk melindungi neuron daripada toksin - toksin yang dapat merosakkan neuron. Neuron yang rosak dan 'sakit' adalah penyebab kepada Parkinson.


Jadi, ketahuilah yang Habbatus Sauda sebenarnya mempunyai 1001 lagi khasiat sama ada belum diterokai lagi oleh para pengkaji ataupun sememangnya ianya kekal misteri sehingga sekarang. Amalkan pemakanan Habbatus Sauda sudah terbukti tidak mempunyai kekal sampingan seperti mana ubat - ubatan yang dibekalkan oleh hospital yang ternyata mempunyai pelbagai bahan kimia dan dadah.

Ada sesiapa yang ingin mendapatkan pil Habbatus Sauda yang siap dipack dan diimport dari Mesir seperti di bawah? Kalau ada, boleh tinggalkan SMS/WHATSAPP [HABBAS] ke no 0134709332 ataupun tinggalkan di bahagian komen di bawah.


Tuesday 23 June 2015

3 MAKANAN UTAMA UNTUK PARU - PARU SIHAT






Oksigen adalah suatu bahan utama yang diperlukan oleh badan. Keupayaan badan dalam memproses oksigen dengan baik dan teratur adalah antara satu elemen yang penting kepada kesihatan tubuh badan. Justeru, untuk tubuh badan yang sihat, individu memerlukan kepada paru - paru yang sihat. 

Jadi, disini adalah 3 makanan utama yang mempengaruhi paru - paru ke arah menjadikan paru - paru kita sihat dan kuat.


1) Epal dan Jusnya
Satu epal sehari menjauhkan kita daripada doktor. Pernah dengar pepatah sains macam tu? Ini bermaksud khasiat yang ada dalam epal cukup untuk melawan penyakit dalam badan dan mengakibatkan kita tidak berhajat lagi kepada doktor. 

Jadi, perbanyakkan makan epal ataupun jusnya. Rasa yang sedap dan khasiat yang banyak untuk kesihatan tubuh badan.


2) Lemak Ikan
Asid lemak omega-3 bukan sahaja memberi khasiat kepada hati bahkan ianya tetap dapat memberi manfaat kepada paru - paru. Ini bermakna, lemak ikan memainkan peranan yang besar dalam memberi paru - paru yang kuat dan sihat kepada kita. 

Jangan sesekali katakan tidak suka kepada ikan. Banyakkan makan ikan kerana ianya kaya dengan omega-3 yang baik untuk hati dan paru - paru kita. Kalau boleh, galakkan anak - anak kita sedari kecil lagi untuk makan ikan.


3) Air Kosong
Secara purata, 6 - 8 gelas air sehari adalah jumlah yang terbaik untuk seorang dewasa habiskan dalam sehari. Tanpa air yang mencukupi dalam badan, paru - paru cenderung untuk menjadi kering dan boleh mengakibatkan komplikasi yang lain seperti batuk dan sebagainya. Paru - paru yang kering akan mengalami keradangan.

Banyakkan minum air dalam seharian kerana ianya akan menampung kehilangan air dalam badan kita disebabkan oleh aktiviti seharian.

Sunday 17 May 2015

Diabetis Tak Ada Penawar? Anda Sudah Silap!!


Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluarTabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. 

Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. 

Caranya adalah dengan:- 

1) mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). 

2) Potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). 

3) Perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. 

4) Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....

Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di Hospital Putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin...


**Copy & Paste dari Facebook.

Friday 15 May 2015

12 Kegunaan Ubat Gigi yang Anda Tidak Tahu

Mungkin orang ingat yang ubat gigi ini gunanya hanya untuk menggosok gigi. Gigi yang kuning berkarat tu boleh jadi putih bersih macam gigi Fazura. Kalau guna Colgate, gigi jadi macam Fazura, kalau nak makan aiskrim banyak – banyak kena guna ubat gigi sensodyne. Di sini ada 12 kegunaan ubat gigi yang diluar jangkauan pemikiran korang.

1)     Buang Kotoran

Tompok makanan, bekas lipstick bini no 2 dan bekas gincu bini no 3, dan pelbagai kotoran yang susah untuk ditanggalkan yang melekat di pakaian anda. Cuma sapukan ubat gigi dan gosokkan sedikit  di bahagian yang kotor itu. Selepas itu, masukkan dalam mesin basuh, masukkan sabun dan cuci seperti biasa. Anda akan lihat kesannya selepas itu. Awas!! Jangan taksub dengan ubat gigi.

2)      Kilatkan Kasut Anda

Kilatkan kasut anda dengan menggunakan ubat gigi. Ingat, pastikan kasut anda bukannya kasut kain. Kalau kasut anak – anak yang kain tu, pastikan kasut yang berwarna putih. Kasut yang diperbuat daripada kulit ataupun daripada PVC dapat dikilatkan dengan ubat gigi. Ingat gigi Fazura je ke yang dapat bersinar dengan Colgate? Kasut anda standing dengan gigi Fazura rupanya.

3)      Menyinarkan Pintu Bilik Mandi Anda

Ini khas untuk sesiapa yang mempunyai pintu bilik air yang ala – ala macam kat rumah Mat Saleh tu. Pintu yang diperbuat daripada kaca ataupun plastic tapi diblurkan bahagiannya. Jadi, biasanya pintu ni akan nampak kelabu dan sedikit muram warnanya. Jadi, guna ubat gigi untuk mengembalikan sinarnya. Tak nak ulas panjang sebab aku tak guna pintu yang seksi macam ni. Haha.

4)      Mencuci Barang Kemas

Jika anda punyai barang kemas, ubat gigi adalah bahan kimia yang anda perlukan untuk mengembalikan kerdip sinarnya. Biasanya barang kemas yang sudah lama ni akan pudar warnanya. Warnanya seakan pucat. Jadi, guna ubat gigi dan anda boleh tengok sendiri hasilnya. Ingat, jangan taksub dengan ubat gigi.

5)      Menyahkan Bau Bekas Makanan dan Minuman

Jika anda punyai bekas makanan dan minuman yang kurang elok baunya, ubat gigi adalah benda yang anda boleh cuba untuk menghilangkan bau kurang enaknya. Biasanya, bekas makanan dan minuman akan meninggalkan bau yang kurang senang jika terlalu lama menyimpan makanan di dalamnya dan ditinggalkan pula di dalam peti ais untuk beberapa bulan lamanya. Tahu sangat yang anda pemalas, tapi takkan nak buang kan bekas yang berbau tu??

6)      Cerahkan Balik Lampu Kereta Anda

Biasanya, lampu kereta anda akan bertukar menjadi kelabu jika anda menggunakannya terlampau lama. Mungkin dalam masa 5 – 9 tahun, anda boleh tengok lampu anda yang bahagian putih tu akan pudar warnanya dan ini akan menyebabkan mentol lampu seolah – olah malap dan kurang memberi kesan yang optimumnya ketika pemanduan di malam hari. Jadi, ubat gigi adalah cara penyelesaiannya untuk yang mana duit poketnya tak berapa nak tebal. Kalau yang tebal tu, buat apa guna ubat gigi? Beli aje kereta baru kan? Haha…

7)      Penyental Tangan

Tangan anda berbau selepas makan tumis ikan bilis? Berbau selepas hisap rokok? Gunalah ubat gigi sebagai sabun pencuci tangan anda. Awas, jangan buat di tempat umum. Mungkin ada yang tidak membaca artikel ini akan menyangka yang anda ni tak berapa nak segar akal fikirannya. Mungkin orang akan ingat yang anda ni gila! Mana tidaknya, ubat gigi dibuat basuh tangan pula.

8)      Penggilap Barangan Perak

Jika anda pengumpul koleksi barang – barang perak dan ingin melihat barang – barang anda bersinar dan berseri, gunalah ubat gigi. Pastikan guna ubat gigi Colgate untuk sinar yang lebih terang. Ubat gigi Darlie untuk kekalkan bau pudina pada barangan perak anda. Mana tahu, mungkin nilainya akan menjadi lebih tinggi.

9)      Membersihkan Besi

Ulasannya seperti no.8 di atas. Sengaja ditambah pointnya no 9 untuk mencukupkan bilangannya 12. Malas nak ulas lebih – lebih. Benda sama sahaja. Haha.

10)   Membuang Calar pada DVD

Sekarang ni zaman pendrive dan hard disk dah. Tak tahu la kot – kot ada lagi zaman DVD. Kalau sesiapa ada koleksi CD mahupun DVD dan sudah tercalar disebabkan koleksi yang terlampau lama, boleh guna ubat gigi Komodo Lion untuk menghilarkan calarnya. Pastikan anda gosok dengan penuh cermat risau jika CD anda itu akan total lost!!

11)   Membersihkan Sinki Dapur Anda

Ini khusus untuk orang yang tak ada pencuci sink ataupun pencuci jamban untuk membersihkan sinki mereka. Gunakan ubat gigi anda. Tapi, lepas guna tu… cepatlah pergi market beli ubat gigi baru. Ubat gigi tu dah habis buat cuci singki.

12)   Buang Calar pada Telefon Anda

Anda nak jual telefon anda tapi anda tengok, telefon anda banyak calarnya dan risau jika – jika pelanggan atau pun pembeli anda tidak jadi untuk beli telefon anda. Tak pun anda risau jika – jika pelanggan anda akan tawarkan harga yang terlampau murah disebabkan satu calar yang sedikit sahaja pada skrin telefon anda. Jadi, usah gusar dan usah risau. Guna ubat gigi. Letakkan sedikit atas skrin telefon anda dan sapu perlahan dengan menggunakan kain yang lembut. Seeloknya guna kain yang nenek anda guna untuk mengelap cermin matanya. Hahaha.

Okay, selamat mencuba. Jika bermanfaat, sharekan pada orang lain. Jangan simpan sorang – sorang.